Malaysia

Hayati tema ‘Malaysia Prihatin’ – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru seluruh rakyat negara ini mendalami tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia Prihatin.

Menurutnya, sifat prihatin itu adalah sikap yang diinginkan dalam diri setiap ahli masyarakat negara ini.

”Bila kita prihatin, kita empati dengan kesusahan orang lain. Bila kita prihatin, kita jaga keselamatan dan kesihatan komuniti kita. Bila kita prihatin, kita bersatu hati memerangi musuh negara.

”Kerana itu, saya menyeru agar kita dalami tema ini dan pupuk sifat prihatin dalam diri kita. Saya pasti, dengan keprihatinan kita, Malaysia pasti dapat memutuskan rantaian Covid-19 dan terus kekal aman makmur,” katanya sambil mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan 2021 kepada rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close