MalaysiaSetempat

LRA Sungai Semenyih rekod bacaan sifar TON

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam proses memulakan rawatan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihenti tugas semalam, agar air terawat yang bersih dan selamat dapat diagihkan kepada pengguna.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri, berkata langkah itu penting selepas bacaan tahap sifar TON (ukuran kadar bau) sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan di Sungai Semenyih pada 6 pagi tadi.

Beliau berkata, berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Sebanyak 94 lori tangki air digerakkan ke kawasan yang terjejas serta premis kritikal sepanjang gangguan bekalan. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium.

– BERNAMA

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close