JenayahMalaysia

PGA berjaya rampas 1,661 karton rokok seludup

PONTIAN: Batalion 5 Pasukan Gerak Am (PGA) Simpang Renggam berjaya merampas sejumlah 1,661 karton rokok seludup di dua lokasi berasingan di kawasan taman perumahan Taman Pontian Jaya, di sini, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang, berkata seorang warga tempatan berusia 57 tahun ditahan di salah satu dua lokasi premis di kawasan taman berkenaan iaitu di Jalan Jaya 4 dan Jalan Jaya 2 pada jam 4.30 petang.

“Hasil siasatan awal terhadap suspek dipercayai menjadikan dua lokasi premis di kawasan taman perumahan berkenaan sebagai stor simpanan rokok seludup sebelum diedarkan di pelbagai lokasi di daerah ini.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk rokok tanpa cukai pelbagai jenama dan sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam sindiket itu bernilai RM 360,098.00,” katanya.

Katanya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk tindakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967, ” katanya dalam kenyataan, di sini.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close