JenayahMalaysia

Kedai runcit warga Myanmar diserbu

Klang: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerbu sebuah rumah sewa warga asing yang dijadikan premis perniagaan secara haram dalam satu operasi di Taman Indah Sungai Pinang, Jalan Kapar, di sini, Ahad lalu.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, siasatan mendapati rumah terbabit menjalankan aktiviti kedai runcit tanpa lesen yang dikendalikan oleh warga Myanmar.

“Pasukan penguatkuasaan MPK menyita semua barang perniagaan mengikut kesalahan UUK 3 Pelesenan Tred Perindustrian dan Perniagaan MPK 2007.

“Pihak kami akan memperhebatkan operasi ini dari masa ke semasa terutama dalam usaha membanteras perniagaan yang dijalankan oleh warga asing,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga meminta agar pemilik premis lebih peka dengan kediaman milik mereka yang disewakan kepada warga asing di situ.

“Warga asing mengambil kesempatan atas sikap tidak bertanggungjawab pemilik premis yang membiarkan mereka menjalankan perniagaan walaupun sedar ia adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” katanya.

Sepanjang Ogos lalu, MPK sudah mengeluarkan 86 kompaun atas kesalahan berniaga tanpa lesen termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap 305 premis dalam tempoh sama.

Source
Harian Metro
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close