MalaysiaSetempat

Pesara polis terkenang 17 rakan maut diserang komunis

KOTA BHARU: Kenangan bertugas pada tahun 1960-an sukar dilupakan pesara polis, Sarjan Mejar (B) Sabtu Bedul apabila ramai rakannya terkorban ketika bertempur dengan komunis.

Sabtu, 81, berkata walaupun ramai rakannya cedera akibat terkena tembakan dan jerangkap samar, ia tidak mematahkan semangatnya berkhidmat demi negara tercinta.

Katanya, peristiwa yang tidak boleh dilupakan apabila 17 rakan dalam pasukan polis terkorban ketika bertempur dengan komunis di Betong, Thailand pada tahun 1968.

“Kejadian itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk menyertai operasi lain di dalam hutan termasuk di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Sadao serta Betong, Thailand,” katanya, hari ini.

Zaini menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada Sabtu. FOTO IHSAN PEMBACA
Zaini menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada Sabtu. FOTO IHSAN PEMBACA

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada Sabtu di rumahnya di Kampung Paya Rambai, Jalan Bayam, di sini.

Sabtu berkata, dia berkhidmat dalam pasukan polis selama 33 tahun bermula 1963 sehingga 1996 dan pernah dihantar bertugas ke Thailand.

Bapa kepada lima anak berusia antara 48 hingga 58 tahun itu berkata, berterima kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memilihnya untuk menerima pingat berkenaan.

“Saya menghargai jasa PDRM yang sentiasa mengingati pesara polis. Pingat ini sangat bermakna buat saya,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close