MalaysiaSetempat

Sabah mula vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun esok

Hajiji berkata, keputusan itu selari dengan pendirian KKM untuk memastikan golongan dewasa dan remaja divaksinasi menjelang pembukaan sekolah pada 3 Oktober depan. – Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan untuk memulakan pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun, esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet negeri pada Rabu.

“Keputusan ini juga selari dengan pendirian Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memastikan golongan dewasa dan remaja divaksin menjelang pembukaan sekolah pada 3 Oktober depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 8 September lalu, Sarawak memulakan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada seramai 240,000 golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negeri itu.

Keputusan itu dibuat susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu yang kini sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasanya.

Selain itu, Wilayah Persekutuan Labuan juga sudah memulakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 16 hingga 17 tahun pada 11 September.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close