#kitajagakitaMalaysia

Henti sebar poster palsu kebenaran rentas negeri, daerah

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kebenaran rentas daerah dan negeri menerusi satu poster yang tular di media sosial sejak semalam.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan hal itu dinafikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan menyifatkan ia sebagai berita palsu.

“Poster mengandungi kenyataan ‘Pergerakan Rentas Daerah dan Negeri Dibenarkan Kecuali Bagi Kawasan PKPD Berkuatkuasa Pada 18 September 2021’ yang ditularkan di media sosial itu adalah tidak sahih.

“MKN menegaskan poster berkenaan adalah palsu serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Justeru, orang ramai disaran untuk berhenti daripada menyebarkan maklumat yang tidak sahih sebaliknya sentiasa merujuk media sosial rasmi kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan untuk maklumat yang sahih dan terkini.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close