Covid-19World

COVID-19: Lebih 228 juta kes jangkitan, 4.69 juta kematian

Hampir 500,000 kes jangkitan baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. – Gambar fail REUTERS

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini sudah melebihi 228 juta.Berikutan hampir 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, angka terkini kes jangkitan COVID-19 global ialah 228,432,429.Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat paling terjejas dengan 42,085,220 kes.

Ini diikuti India dengan 33,448,163 kes dan Brazil dengan 21,230,325 kes.United Kingdom, Rusia dan Perancis antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan 4,190,763 kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan 2,366,749, Malaysia 2,082,876 kes dan Thailand dengan 1,476,477 kes.Sementara itu, angka kematian seluruh dunia kini melebihi 4.69 juta, iaitu sebanyak 4,690,029.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 673,761 kes.Ini diikuti Brazil dengan 590,508 kes, India 444,838 kes, Mexico 271,303 kes.

Sementara itu, United Kingdom kini mencatat 135,534 kematian, Rusia, Itali dan Perancis juga merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan 140,468 kes.Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan 36,788, diikuti Malaysia dengan 23,067 kes.Manakala Thailand merekodkan 15,363 angka korban.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close