MalaysiaSetempat

69 mangsa banjir Sabah masih di pusat pemindahan

KOTA KINABALU: Seramai 69 mangsa banjir Sabah masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, berkata jumlah berkenaan membabitkan 19 keluarga di dua PPS bagi daerah Sipitang dan Kota Belud setakat jam 8 pagi tadi.

“Bilangan mangsa banjir yang paling ramai dipindahkan ke PPS ketika ini adalah daerah Sipitang.

“Seramai 33 mangsa daripada 10 keluarga kini berada di PPS Dewan Mini Mesapol. Hanya 36 penduduk membabitkan sembilan keluarga sahaja yang masih ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tamau setakat pagi ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut kenyataan itu, walaupun jumlah mangsa terjejas banjir yang berada di PPS semakin berkurang, pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan bencana alam sama boleh berulang kembali susulan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close