MalaysiaPolitic

Anwar gesa kerajaan tangguh projek mega, tumpu RMK12

KUALA LUMPUR – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa untuk menumpukan kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan harus memberikan fokus utama untuk menjayakan RMK-12 dengan menangguhkan projek mega kerajaan dan kembali kepada rakyat.

“Parlimen ini harus digunakan sepenuhnya menuntut supaya RKM-12 ini berikan tumpuan kalau perlu tangguhkan projek-projek besar, tangguh projek lapangan terbang, ECRL dan teliti semula, MRT3.

“Apa faedah kita nak teruskan dalam keadaan rakyat kelaparan, menganggur, tak cukup makan dan tak cukup mutu pendidikan sekarang,” katanya pada sesi perbahasan RMK-12 pada persidangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat Pemangkin Dasar serta 14 Pemacu Perubahan bersifat holistik demi negara, ekonomi dan rakyat menjadi pilihan Keluarga Malaysia dalam pembentangan RMK-12.

Perdana Menteri berkata, pelan-pelan yang diperkenal tidak tertumpu pada penambahan pendapatan negara sahaja tetapi turut melibatkan kemaslahatan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Anwar turut menggesa agar sasaran purata pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000 sebulan pada 2025 perlu dikaji semula.

Mengulas perkara itu, Anwar berkata, sasaran itu amat bagus namum adalah lebih realistik jika memandang kepada kadar kemiskinan dan pengangguran di negara ini.

“Lebih baik jika rata-rata pendapatan isi rumah berdasarkan kadar kemiskinan,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menambah, Jabatan Perangkaan harus menyedari bahawa ada mereka yang bekerja hanya beberapa jam seminggu dan tidak mendapat cukup pendapatan untuk menampung keluarga mereka.

“Jumlah itu (RM10,000) mesti dikaji semula, terutama semasa perlambatan ekonomi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close