MalaysiaSetempat

COVID-19: Nilai R-naught kekal 0.86, Putrajaya tertinggi

12 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (R0) di Malaysia kekal pada nilai yang sama selama tiga hari berturut-turut.

Pada Jumaat, nilai R0 negara kekal berada pada paras 0.86.Pada masa sama, sebanyak 12 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Putrajaya mencatatkan R-naught tertinggi dengan 1.11, diikuti Perlis (1.08), Negeri Sembilan (0.99), Terengganu (0.98), Melaka (0.97), Kelantan (0.97), Pahang (0.95), Kuala Lumpur (0.88), Sarawak, Perak, Kedah dan Selangor (masing-masing 0.87).

Sementara itu, Pulau Pinang (0.83), Johor (0.82) dan Sabah (0.82) mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan.Labuan merekodkan dua kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac dan yang tertinggi 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close