MalaysiaSetempat

FAMA Terengganu jamin bekalan makanan mencukupi menjelang musim tengkujuh

Che Ghani (tengah) mengadakan lawatan di Pasar Tani Kuala Ping, Hulu Terengganu sempena sambutan ulang tahun FAMA ke-56 pada Jumaat. – Astro AWANI

HULU TERENGGANU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu memberi jaminan stok bekalan makanan pada musim tengkujuh mencukupi.

Pengarahnya, Che Ghani Che Wan berkata, bekalan barangan basah, sayur-sayuran, buah-buahan serta produk industri asas akan dijual di 12 pasar tani dan 140 outlet peruncitan di seluruh negeri itu.

Menurut Che Ghani harga yang dikenakan adalah berpatutan walaupun permintaan lebih tinggi berbanding pengeluaran hasil pertanian.

“Ada bekalan di luar dari Terengganu yang akan masuk, dari Cameron Highlands melalui pasar borong Kuala Lumpur dan sebagainya kerana peniaga-peniaga kita ini telah menjalin hubungan dengan pemborong-pemborong dari luar.

“Jadi saya rasa dengan hubungan yang ada itu mereka tidak ada masalah untuk membawa masuk bekalan sekiranya berlaku pengurangan di dalam negeri Terengganu,” katanya.

Beliau ditemui selepas program ‘walkabout’ di Pasar Tani Kuala Ping, Hulu Terengganu sempena sambutan ulang tahun FAMA ke-56 pada Jumaat.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close