#kitajagakitaCovid-19Malaysia

Ahli Parlimen Bangi positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming diuji positif Covid-19 semalam.

Melalui Twitter, Ong berkongsi berita tersebut setelah memperoleh keputusan ujian kendiri Covid-19 pada 3.30 petang tadi dan perkara itu disahkan sekali lagi selepas keputusan ujian PCR Covid-19 yang dijalaninya sejam kemudian.

“Saya tidak mengalami sebarang gejala. Saya akan menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari. Akan meluangkan masa sejam berikutnya untuk memaklumkan perkara ini kepada kontak rapat saya,” katanya.

Menurut Ong, beliau diuji negatif pada Rabu lepas di Parlimen dan tidak pasti bagaimana beliau boleh dijangkiti wabak berkenaan.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata tiada individu di Parlimen diuji positif COVID-19 pada sesi yang sedang berlangsung hari ini.

Semua yang hadir ke Parlimen termasuk Ahli Parlimen dan petugas diwajibkan menjalani ujian RTK Antigen Saliva secara rawak pada setiap Isnin dan Rabu sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19 dan memastikan persidangan Dewan Rakyat berjalan dengan selamat.- BERNAMA

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close