Malaysia

Kerang-kerangan dari Sungai Geting, Tumpat tercemar

KUALA LUMPUR – Pejabat Perikanan Negeri Kelantan telah mengeluarkan notis larangan mengutip dan menjual kerang-kerangan di kawasan Sungai Geting, Tumpat, Kelantan susulan rebakan Alga Berbahaya spesies Alexandrium minutum telah dikesan berlaku.

Hasil analisis sampel yang diterima mendapati kerang-kerangan (tiram, lokan, kepah, aala dan lain-lain kerang-kerangan) adalah tidak selamat untuk dimakan kerana tercemar dengan racun Saksitoksin (Saxitoxin) daripada alga berbahaya ini.

Berikutan itu, jabatan ini menasihatkan sesiapa yang menujukkan gejala seperti kesemutan atau kebas deria rasa, sakit kepala, demam, ruam, pening, loya dan masalah usus seperti cirit birit yang kerap selepas memakan kerang-kerangan, segera mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan bertauliah.

Kejadian rebakan alga berbahaya pernah terjadi beberapa kali sebelum ini di kawasan berkenaan dan Jabatan telah menaikkan papan tanda sebagai amaran kepada penduduk setempat serta tindakan yang perlu diambil sekiranya rebakan alga dikesan.

Tambahnya, hebahan kebenaran mengutip kerang-kerangan dari kawasan ini akan dikeluarkan setelah ujian makmal. – MalaysiaGazette

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close