#kitajagakitaMalaysia

PKPD POS Betau bermula Rabu

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di perkampungan Orang Asli, POS Betau, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang, selama 14 hari bermula Rabu ini hingga 2 November.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan jangkitan COVID-19 di lokaliti itu.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Selain itu, tiada pelanjutan PKPD.

“PKPD di ladang dan kilang sawit RMDC Sdn Bhd, Bukit Koman, Mukim Gali, Raub, Pahang serta Kampung Pasir Kelang, Mukim Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan pula akan ditamatkan esok mengikut jadual,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close