MalaysiaSport

Kecederaan Lukaku, Werner bayangi kemenangan Chelsea

LONDON: Thomas Tuchel mengesahkan Chelsea akan berdepan tempoh tanpa Romelu Lukaku dan Timo Werner selepas penyerang juara bertahan Liga Juara-Juara itu mengalami kecederaan ketika menang 4-0 mengatasi Malmo awal pagi tadi.

Skuad Tuchel mengetepikan pasukan kerdil Sweden itu di Stamford Bridge hasil dua penalti Jorginho dan satu gol masing-masing daripada Andreas Christensen dan Kai Havertz.

Namun kemenangan kedua Chelsea dalam Kumpulan H selepas kalah kepada Juventus sebelum ini, dibayangi kecederaan pergelangan kaki penyerang Belgium, Lukaku dan isu hamstring penyerang Jerman, Werner.

Kedua-duanya dikeluarkan pada babak pertama dan bos Chelsea, Tuchel akan menanti dengan gementar bagi melihat bila kedua-dua pemain itu boleh kembali.

“Romelu mengalami kecederaan pergelangan kaki dan masalah kecederaan otot serta hamstring buat Timo, jadi saya rasa mereka akan diketepikan beberapa hari,” kata Tuchel.

“Kami akan melalui banyak perlawanan, jadi ketika ini kami perlu mencari penyelesaian, tiada alasan.”https://75e3e704b5e7a293110a6dd9e5862422.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Ia akan menjadi ancaman besar jika pasangan berkenaan diketepikan untuk tempoh yang lama ketika jadual padat menanti Chelsea yang cuba mengekalkan kedudukan di persada Liga Perdana dan melayakkan diri ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

“Kedua-duanya berada pada tahap terbaik, mereka berbahaya dan boleh mencipta peluang serta menjaringkan gol, jadi kami perlu mencari penyelesaian dan pemain yang menanti peluang perlu meningkat dan menjaringkan gol,” kata Tuchel. – AFP

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close