MalaysiaSport

United jadi ‘lauk’ Liverpool

MANCHESTER, United Kingdom: Liverpool membelasah seteru ketatnya Manchester United 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, di sini, sebentar tadi yang turut menyaksikan Mohamed Salah merakamkan hatrik.

Kekalahan besar dan memalukan di laman sendiri itu sekali gus turut menyaksikan kedudukan pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer kian terancam.

Buat pertama kali dalam sejarah EPL, United ketinggalan 4-0 pada separuh masa pertama dan kekalahan itu jelas memeritkan apabila mereka hanya mampu meraih satu daripada 12 mata saingan liga yang ditawarkan.

Salah berjaya memperoleh dua gol pada separuh masa (minit ke-38 dan 45+4) selepas Naby Keita (minit ke-5) dan Diogo Jota (ke-13) lebih dulu meletakkan skuad Jurgen Klopp itu di depan 2-0 dalam tempoh 15 minit pertama.

Salah meledak gol ketiganya lima minit selepas permainan disambung semula. Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol buat United tidak lama selepas itu, dinamun dibatalkan kerana ofsaid. – AFP

Pemain Manchester United, Bruno Fernandes (kanan) cuba menyekat pemain Liverpool, Curtis Jones. - Foto AFP
Pemain Manchester United, Bruno Fernandes (kanan) cuba menyekat pemain Liverpool, Curtis Jones. – Foto AFP
Naby Keita menjaringkan gol pertama untuk Liverpool. - Foto AFP
Naby Keita menjaringkan gol pertama untuk Liverpool. – Foto AFP
Diogo Jota (kiri) jaring gol kedua Liverpool pada minit ke-13. - Foto AFP
Diogo Jota (kiri) jaring gol kedua Liverpool pada minit ke-13. – Foto AFP
Cristiano Ronaldo (kanan) bersaing dengan pertahanan Liverpool, Curtis Jones dalam aksi di Old Trafford. - Foto AFP
Cristiano Ronaldo (kanan) bersaing dengan pertahanan Liverpool, Curtis Jones dalam aksi di Old Trafford. – Foto AFP
Mohamed Salah meraikan gol kelima Liverpool yang juga jaringan hatriknya. - Foto AFP
Mohamed Salah meraikan gol kelima Liverpool yang juga jaringan hatriknya. – Foto AFP
Tempat duduk kosong pada lewat permainan. - Foto AFP
Tempat duduk kosong pada lewat permainan. – Foto AFP

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close