Malaysia

Kerajaan beri bantuan RM500 melalui BKP mulai esok – PM

KUALA LUMPUR – Bagi membantu rakyat yang terkesan Covid-19, kerajaan akan memberikan RM500 melalui Bantuan Kehilangan
Pendapatan (BKP).

Ia akan diberikan secara one-off mulai esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000
individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.
Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak
RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga
Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber
pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021.

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober
2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang
disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan
Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih
mencabar ini,” ujar Perdana Menteri.- MalaysiaGazette

Source
MAlaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close