Covid-19Malaysia

Sambutan hari jadi cetus kluster baharu di Sabah

KOTA KINABALU: Majlis sambutan hari jadi dipercayai menjadi punca tercetusnya satu kluster baharu COVID-19 berkaitan jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan di Sabah, hari ini.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata Kluster Kimolohing yang dilaporkan di daerah Ranau itu setakat ini dikenal pasti membabitkan 49 individu yang dikesan positif.

Kluster berkenaan dikesan selepas kes indeks iaitu seorang lelaki tempatan dari Kampung Kimolohing, Ranau dikesan positif COVID-19 melalui saringan bergejala pada 18 Oktober lalu.

“Berdasarkan siasatan awal, kes indeks mengadakan majlis sambutan hari jadi pada 12 hingga 14 Oktober lalu di rumahnya. Kemudian pada 16 Oktober 2021, kes indeks juga menghadiri majlis hari jadi di rumah saudaranya.

“Selepas itu, kes indeks mula bergejala pada 17 Oktober dan menjalani saringan pada hari berikutnya sebelum didapati positif COVID-19.

“Berikutan itu, saringan kontak rapat dilakukan dan seramai 48 orang dari lokaliti yang sama didapati positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49 kes. Bagaimanapun, punca jangkitan sebenar masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.https://f5ff9ee98696839c1999888ae76a0c32.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Sementara itu, Masidi berkata daripada 565 kes baharu yang dilaporkan di Sabah hari ini, 213 kes atau 37.7 peratus dikesan melalui saringan bergejala atau turut dikategorikan sebagai kes sporadik.

Katanya, jumlah itu masih tinggi dan harus menjadi peringatan agar semua penduduk tidak lalai dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close