Malaysia

Koh Hoi meninggal dunia, kehilangan besar kepada PN – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), Senator Datuk Guan Dee Bin Koh Hoi meninggal dunia hari ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu meninggal dunia pukul 4.50 petang di Hospital Kuala Lumpur.

“Saya merakam ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang dan semoga tabah bagi menghadapi suasana pilu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin menganggap ia satu kehilangan besar bagi PN khususnya bagi negeri Sabah.

“Selaku Setiausaha Agung Parti STARSABAH, beliau cukup dikenali dengan sifat merendah diri dan usaha gigihnya bagi membina PN tidak hanya di peringkat negeri Sabah tetapi juga peringkat nasional,” katanya.- MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close