Sport

Arsenal potong United, Tottenham

LONDON: Arsenal memintas Manchester United dan Tottenham Hotspur untuk berada di kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Leicester City 2-0 di Stadium King Power, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Mikel Arteta mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh aksi liga sejak dibelasah Manchester City 5-0, 28 Ogos lalu.

Ia juga membolehkan The Gunners mengumpul 17 mata hasil daripada lima kemenangan, dua seri dan mengalami tiga kekalahan sekali gus menghidupkan peluang mereka mengintai tempat beraksi di Eropah musim depan.

Arsenal bagaimanapun sudah berada di depan seawal minit kelima hasil jaringan pemain pertahanan, Gabriel Dos Santos sebelum Emile Smith Rowe menambah gol kedua The Gunners pada minit ke-18.

Kekalahan itu menyaksikan Leicester jatuh ke tangga ke-10, kekal dengan 14 mata selepas mengharungi 10 perlawanan musim ini.

Kedudukan Arsenal bagaimanapun dijangka berubah selepas beberapa aksi pasukan lain selepas ini termasuk pertemuan Tottenham menentang United, lewat malam ini. – AGENSI

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close