Malaysia

Bantuan Keluarga Malaysia bertambah, 4.8 juta bujang penerima layak

KUALA LUMPUR – Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion.

Ia merupakan peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). pada tahun 2021.

Kementerian Kewangan berkata, di bawah BKM, sebanyak 4.8 juta penerima kategori bujang adalah di antara 9.6 juta penerima yang layak.

Kategori bujang itu merangkumi 1 juta penerima warga emas bujang/ tiada pasangan dan 3.8 juta penerima bujang.

Bantuan yang bernilai keseluruhan RM8.2 bilion ini akan diagihkan seperti berikut:

MOF_31102021_01

BKM telah ditambahbaik supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.

Menurutnya, berdasarkan cadangan yang diterima daripada rakyat melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat, pembaharuan ini termasuk:

(1) Bayaran sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah BPR sebelum ini.

(2) Bagi ibu tunggal dalam menyara anak-anaknya; selain warga emas B40 yang kekurangan simpanan persaraan dan tiada sumber pendapatan tetap, kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.

(3) Bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close