Covid-19Malaysia

Kes COVID-19 tertinggi lingkungan umur 18 hingga 59

PUTRAJAYA: Individu dalam lingkungan umur 18 hingga 59 tahun mencatatkan angka tertinggi yang menyumbang kepada pertambahan kes COVID-19 di negara ini.

Menerusi data dalam COVIDNOW, sehingga 1 November jam 11.59 malam, terdapat 3,662 kes yang dilaporkan adalah individu dalam lingkungan umur berkenaan.

Selain itu, kedua tertinggi adalah lingkungan umur 0 hingga 11 tahun dengan 1,033 kes, diikuti 60 tahun dan ke atas (716) serta 12 hingga 17 tahun (217) kes.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari terdapat 4,620 kes COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 2,476,268 kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan terdapat lima negeri mengatasi nilai kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara, yang kini pada kadar 0.96.

Lima negeri yang tinggi nilai Rt adalah Putrajaya dengan 1.06 diikuti Kuala Lumpur (1.01), Negeri Sembilan (1) dan masing-masing pada kadar 0.98 di Selangor dan Melaka.https://9799b954dae500643b54baffde6de98d.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Sementara itu, nilai Rt di Kedah adalah 0.96, masing-masing 0.95 di Pahang, Sabah, Perlis, masing-masing 0.90 di Pulau Pinang dan Terengganu, Kelantan (0.87) serta masing-masing 0.86 di Johor, Perak dan Sarawak.

Nilai Rt di negara ini terus menunjukkan peningkatan, berbanding yang dicatatkan pada 25 Oktober lalu, iaitu pada kadar 0.88.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close