Sport

Liverpool bimbang kecederaan Keita

LONDON: Liverpool dikejutkan dengan berita bahawa Naby Keita akan berdepan kemungkinan diketepikan berikutan kecederaan.

Menurut The Athletic, pemain tengah itu akan dihantar untuk ujian imbasan selepas cedera ketika seri berdepan Brighton Sabtu lalu.

Jurgen Klopp juga memberitahu laman sesawang rasmi kelab bahawa dia tidak melihat pemain itu akan cergas untuk menentang Atletico Madrid awal pagi Khamis ini.

Sebelum bertemu skuad Seagulls, Keita tampak cergas untuk bermain namun dia hanya bertahan 20 minit dan kini berdepan penantian membimbangkan bagi mengetahui masalah sebenar dihadapinya.

Keita tiba di Liverpool pada 2018 dari RB Leipzig dan dijangka akan menyerlah dalam Liga Perdana.

Bagaimanapun kecederaan mengganggu rentak pemain itu yang membuat 86 penampilan bersama Reds selain menjaringkan 10 gol selain lima bantuan untuk jaringan.

Dia mengambil tempat ditinggalkan Gini Wijnaldum dan meledsak tiga kali dalam 10 penampilan pada musim 2021/22.

Kini pemain berusia 26 tahun itu dijangka sekali lagi akan diketepikan dengan Klopp pastinya tidak gembira apabila barisan pemain tengahnya dilihat berdepan masalah.

Harvey Elliott cedera manakala James Milner juga dalam proses pemulihan sementara Fabinho juga mengalami kecederaan. – AGENSI

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close