Covid-19Malaysia

COVID-19: 5,291 kes baharu dilaporkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 5,284 daripadanya merupakan penularan tempatan dan tujuh lagi kes import.

Katanya, 4,998 (94.6 peratus) penularan tempatan itu membabitkan rakyat Malaysia, manakala 286 (5.4 peratus) bukan warganegara.

Beliau berkata, kes import pula membabitkan empat rakyat Malaysia dan tiga warga asing.

“Jangkitan baharu dilaporkan hari ini meliputi 75 kes (1.4 peratus) kategori 3, 4, dan 5, serta 5,216 kes (98.6 peratus) kategori 1 dan 2.

“Selain itu, tujuh kluster baharu COVID-19 turut dikesan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, 545 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 286 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,947 kes pula dilaporkan pulih, hari ini, yang membawa kepada jumlah kumulatif 2,390,379 (96.1 peratus).

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close