MalaysiaSetempat

Kekal patuhi SOP di Tanah Suci

SEPANG: Rakyat Malaysia yang kembali berpeluang mengerjakan umrah atas kebenaran kerajaan Arab Saudi diingatkan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Tanah Suci.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata ia membabitkan peraturan dan SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan Arab Saudi.

“Saya yakin jemaah Malaysia akan kekal dengan disiplin tinggi ketika mengerjakan umrah,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Beliau berangkat mengerjakan umrah dengan penerbangan Saudi Airlines pada jam 9.30 malam ini, dan akan berada di Tanah Suci sehingga 15 November ini.

Zulkifli berkata, banyak kelonggaran mula diberi kerajaan Arab Saudi dari aspek menunaikan solat di Masjidil Haram.

“Pengalaman mengerjakan umrah dalam suasana norma baharu ini akan saya kongsi di media sosial selepas pulang kelak sebagai panduan orang ramai mengerjakan umrah,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close