InfoMalaysia

COVID-19: 95.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

Seramai 24,625,458 individu atau 75.4 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Seramai 22,417,059 individu atau 95.8 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Khamis.Berdasarkan data portal COVIDNOW, 97.8 peratus atau 22,893,173 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 24,625,458 individu atau 75.4 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Kira-kira 78.1 peratus atau 25,516,476 daripada populasi keseluruhan pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,208,399 individu atau 70.2 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,623,303 individu atau 83.4 peratus mendapat satu dos.

Bagi Kemajuan Program Imunisasi mengikut negeri, Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah mencatatkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 50,462,307 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close