Covid-19Malaysia

Di ambang jaya tangani COVID-19

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kiri) diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd Syafiq Abdullah (kanan) melawat Bangunan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Penambang di Kota Bharu, hari ini. – NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Malaysia berada di ambang kejayaan dalam menangani COVID-19 walaupun belum diisytiharkan memenangi perang ke atas pandemik itu.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, meminta rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya tahu rakyat sudah rasa gelisah tidak mahu pakai pelitup muka, namun besar harapan saya supaya kita terus berjuang melawan COVID-19.

“Pasukan barisan hadapan baru sahaja mula menarik nafas lega selepas penggunaan katil untuk pesakit COVID-19 kini menurun kepada 40 peratus.

“Mereka sudah lama berhempas-pulas bertugas menangani pandemik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Klinik Kesihatan (Jenis 3), Penambang, di sini, hari ini.

Source
Barita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close