MalaysiaSetempat

Grab perkenal 6 langkah keselamatan rakan perkhidmatan, pengguna menerusi GrabProtect

Dalam usaha memastikan keselamatan rakan pemandu dan penumpang, Grab menggunakan pelbagai isyarat untuk mengesan sebarang masalah ketika berlaku sesuatu perjalanan. – Foto DagangNews

KUALA LUMPUR: Grab Malaysia menggariskan enam langkah menerusi GrabProtect demi menjamin keselamatan dan pergerakan pengguna dan rakan perkidmatan semasa berurusan.

Enam langkah itu termasuk borang isytihar kesihatan yang memerlukan rakan pemandu dan penghantar selain penumpang mengisytiharkan tahap kesihatan masing-masing sebelum memulakan pemanduan, menghantar pesanan atau menempah kenderaan.

Rakan pemandu dan penghantar makanan wajib memakai pelitup muka setiap kali menggunakan platform Grab dan syarat sama dikenakan kepada penumpang sekiranya dan tempahan boleh dibatalkan sekiranya mana-mana pihak tidak mengenakan pelitup muka.

Pihak Grab juga memastikan rakan pemandu dan penghantar makan dilengkapi dengan kit kebersihan bagi melindungi kenderaan serta beg penghantaran masing-masing.

Syarikat juga menyediakan subsidi bagi perkhidmatan nyah kuman (disinfection) terhadap kereta dan beg penghantaran.Dalam usaha memastikan keselamatan rakan pemandu dan penumpang, Grab menggunakan pelbagai isyarat untuk mengesan sebarang masalah ketika berlaku sesuatu perjalanan termasuk GPS, keadaan trafik dan risikan peta.

Pihak Grab juga menyediakan perkhidmatan bantuan kecemasan sepanjang tahun menerusi butang kecemasan.

Penumpang boleh menambah nombor perhubungan kecemasan pada ikon tetapan yang akan dihubungkan secara automatik sebagai butang kecemasan.

Kongsi Perjalanan Saya (Share My Ride) merupakan salah satu ciri untuk berkongsi perjalanan dengan orang tersayang melalui satu pautan dan butiran tersebut dapat dikesan di laman web.

Hanya rakan pemandu dan penumpang dengan Risiko Rendah (Low Risk) dan Kontak Kasual Tidak Bergejala (Casual Contact No Symptom) yang tertera pada status risiko MySejahtera COVID-19 layak menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab.

“Warga Malaysia kini kembali kepada rutin harian masing-masing dan kami melihat lebih ramai telah keluar rumah dan turut menempah pengangkutan secara lebih kerap.

“Platform kami yang menyedia kemudahan dan pilihan pengangkutan yang selamat kini turut dilengkapi dengan polisi GrabProtect sebagai usaha melindung kesihatan dan keselamatan para pengguna.

“Kami berharap langkah ini dapat memberikan ketenangan minda kepada komuniti dan orang ramai ketika mereka melazimi norma baharu ini, manakala rakan pemandu dapat menjalankan tugas demi mencari punca pendapatan secara tenang menerusi platform kami,” kata Ketua Operasi Grab Malaysia, Rashid Shukor.

Sebagai tambahan kepada langkah siap siaga kesihatan dan keselamatan ini, GrabInsure mengadakan kerjasama dengan Chubb untuk menawarkan secara percuma dengan liputan sehingga RM7,800 bagi penduduk Malaysia (manfaat termasuk untuk pemandu dan rakan penghantar).

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close