MalaysiaPolitic

PAS tak berhasrat keluar MN

KUALA TERENGGANU: PAS tidak berhasrat keluar daripada Muafakat Nasional (MN) selepas berlaku konflik pengagihan kerusi dengan Umno dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Sebaliknya, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu akan terus memperkasakan MN yang menjadi medan besar untuk penyatuan ummah dan yakin keputusan PRN Melaka akan menjadi sebahagian perancangan parti itu pada masa depan.

“Tiada siapa nak keluar (MN) saya rasa kecuali dibubarkan (sehingga setakat ini) tiada niat nak bubar.

“Saya fikir Muafakat Nasional ini agenda besar, macam saya sebut semalam ia (MN) muafakat ni penyatuan ummah, dia bukan parti berdaftar (sebaliknya) dia gabungan.

“Kita harap kita balik pada asal (dan) kita terbuka (bekerjasama) termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya tetapi dalam konteks pilihan raya, kalau apa pun berlaku, Barisan Nasional (BN) akan bertanding atas tiket BN dan kita harap bahawa pertemuan, perbincangan dapat diteruskan dari masa ke semasa,” katanya pada sidang media sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-67 hari ini.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan MN yang ditubuhkan untuk memperkukuhkan kuasa politik Melayu sudah berkubur, Tuan Ibrahim menolak dakwaan itu dan menjelaskan pemimpin itu tidak terbabit dalam MN.

Ketika diminta mengenai hubungan antara BN dan Umno selepas berlaku pertembungan kerusi di PRN Melaka, Tuan Ibrahim berkata hubungan di peringkat kerajaan pusat tetap berjalan lancar.

“Dalam konteks kerajaan, kita berjalan macam biasa, tidak ada masalah dan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob) sudah umum bahawa parti-parti yang turun bertanding dalam konteks parti.

“Daripada segi perjalanan kerajaan, kita rasa tidak ada isu sangat, kerajaan pusat berjalan dengan biasa dan InshaAllah, mudah-mudahan perjalanan PRN juga kita harap tidakada isu-isu yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close