MalaysiaPolitic

PSB ajak parti pembangkang bergabung hadapi GPS

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) bersedia menjalin kerjasama dengan parti pembangkang khususnya DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Presiden PSB, Baru Bian, berkata kerjasama antara parti pembangkang itu perlu bagi mencapai objektif untuk membawa perubahan di Sarawak.

Katanya, paling utama kerjasama itu penting bagi mencapai satu matlamat iaitu menyingkirkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Seperti yang diperkatakan secara terbuka oleh Presiden PSB (Datuk Seri Wong Soon Koh), kita bersedia untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang sehaluan di negeri ini.

“Kerjasama itu dengan satu objektif untuk membawa perubahan yang kita semua inginkan untuk rakyat Sarawak dengan menjatuhkan GPS atau Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Sarawak selama lebih 50 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baru merujuk kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen semalam bahawa agak mustahil untuk mereka bekerjasama dengan PSB.

Dalam kenyataan yang disiarkan sebuah portal berita itu, Chieng Jen mendakwa pihaknya sukar untuk bekerjasama dengan PSB kerana parti itu seolah-olah cabang GPS yang mempunyai sifat dan ideologi yang sama.

Menurut Baru yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan yang dimenanginya ketika bersama PKR pada 2016, tidak sepatutnya ada pertembungan dalam pelbagai penjuru antara parti pembangkang bagi menghadapi GPS.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close