Malaysia

Penipuan belian dalam talian dijangka meningkat 3 kali ganda tahun ini – KPN

KUALA LUMPUR – Kes penipuan belian dalam talian yang berlaku di negara ini dijangka melonjak tiga kali ganda sehingga hujung tahun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sejak Januari hingga Oktober tahun ini  kes penipuan yang dilaporkan telah mencecah 8,162 kes berbanding 5,846 pada tahun sebelumnya dan 3,512 pada 2019.

Peningkatan jumlah kerugian wang akibat penipuan belian menerusi platform Internet juga meningkat secara konsisten.

Setakat Oktober tahun ini kerugian akibat pembelian dalam talian telah mencecah RM58 juta berbanding RM41 juta pada 2020 manakala RM28 pada tahun 2019.

“Bererti kalau kita tunggu sehingga Disember nanti kemungkinan ia akan dua kali ganda dengan kes yang dilaporkan pada 2020 dan tiga kali ganda berbanding tahun 2019. Jadi kita lihat trend ini semakin lama semakin meningkat,” katanya ketika sidang media.

Justery Acryl menyifatkan kempen pencegahan Jenayah Komersil (Jenayah Dalam Talian) 2021 yang dilancarkannya pada hari ini tepat pada masanya.

MGF08112021_IGP-RASMI-JENAYAH-TALIAN08

Kempen ini digerakkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Menurut Acryl, rakyat perlu mendapat lebih pengetahuan tentang cara untuk mengelakkan diri menjadi mangsa

“Kita kena ingatkan rakyat untuk sentiasa berhati-hati kerana penipuan ini melibatkan kerugian yang besar,” tambah beliau.

Sempena pelancaran kempen Pencegahan Jenayah Dalam Talian, beliau turut melancarkan Sistem Hebahan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) menggunakan Masking Code PDRM.

Sistem ini merupakan platform penyaluran dan hebaham maklumat kepada masyarakat khususnya mengenai pencegahan jenayah dalam talian.- MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close