#kitajagakitaMalaysia
PKPD di 2 lokaliti di Pahang
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dan FELDA Chini 3, Mukim Penyor, Pekan di Pahang selama 14 hari bermula Jumaat ini hingga 25 November.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan jangkitan COVID-19 di lokaliti berkenaan.
“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini, manakala tiada pelanjutan dan penamatan PKPD,” katanya dalam kenyataan, hari ini.