JenayahMalaysia

Polis siasat kes pergaduhan di Ladang Merdeka Mulong

KOTA BHARU: Polis Kelantan meminta mana-mana pihak atau individu yang mempunyai maklumat mengenai kes pergaduhan yang didakwa berlaku di Ladang Merdeka Mulong pada Rabu untuk tampil membantu siasatan.

Pergaduhan melibatkan sekumpulan individu berkenaan dipercayai dirakam seorang individu melalui dua rakaman video yang berdurasi 22 saat dan 43 saat dan tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim berkata, semakan mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak atau individu berkaitan video berkenaan.

“Polis masih menjalankan siasatan terhadap penularan video berkenaan dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan video tersebut untuk tampil membantu siasatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif mengenai kejadian tersebut dan tidak mengambil tindakan undang-undang sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close