MalaysiaSetempat

Tuanku Muhriz rasmi mesyuarat maya WONCA esok

KUALA LUMPUR: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan merasmikan mesyuarat Pertubuhan Doktor Keluarga Sedunia (WONCA) peringkat Asia Pasifik secara maya, esok.

Mesyuarat anjuran Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AKKM) itu bersempena Persidangan Sedunia WONCA yang akan berlangsung pada 22 hingga 27 November ini.

Persidangan secara maya itu akan dihoskan Persatuan Perubatan Keluarga Emirates Abu Dhabi.

Pengerusi Majlis AKKM, Dr S Kaviayarasan, berkata organisasi itu adalah satu daripada 18 organisasi yang membentuk WONCA, diberikan penghormatan untuk menganjurkan persidangan secara maya selama sehari.

“Bagi sesi 2021 hingga 2023, doktor keluarga Malaysia dari AKMM diberi penghormatan untuk menerajui barisan kepemimpinan WONCA peringkat Asia Pasifik.

“Mereka adalah bekas Presiden AKKM, Prof Madya Dr Mohammad Husni Jamal yang akan memegang jawatan Presiden; saya sebagai Pengerusi Majlis AKKM dicalonkan untuk Setiausaha Kehormat dan Setiausaha Kehormat AKKM, Dr Wong Ping Foo akan dilantik sebagai Pengerusi The Rajakumar Movement,” katanya dalam kenyataan, hari ini.h

Dua anggota AKKM lain turut menerima penghormatan iaitu Prof Datuk Dr Sheikh Amin yang terpilih memenangi anugerah WONCA Asia Pacific 5 Star Doctor 2021 dan Dr Noor Hazan Harun memenangi anugerah The Rajakumar Movement Rising Star Award 2021.

Dr Kaviayarasan berkata, Tuanku Muhriz memegang peranan sebagai penaung AKKM sejak tahun lalu.

“Baginda sangat berdedikasi dalam misi dan prinsip akademi dan kami berbesar hati apabila baginda berkenan untuk menyampaikan titah pembukaan esok,” katanya.

WONCA adalah organisasi profesional global yang mewakili doktor keluarga dan pengamal perubatan am dari seluruh dunia.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close