JenayahMalaysia

14 ahli kongsi gelap ditahan kerana bergaduh

JOHOR BAHRU: Seramai 14 ahli kongsi gelap ditahan polis selepas didapati bergaduh dalam keadaan mabuk dalam insiden pergaduhan di Kulai kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata penahanan kesemua ahli kongsi gelap itu susulan operasi Ops Cahaya yang dilancarkan sejak 28 Oktober.

Beliau berkata, operasi itu dilancarkan bagi mengawasi dan memantau keadaan sepanjang musim perayaan supaya tiada sebarang gangguan dan kekacaun berlaku.

“Ops Cahaya memberi tumpuan dan fokus kepada kes membabitkan gangsterisme atau kumpulan kongsi gelap termasuk pergaduhan sesama mereka.

“Sepanjang operasi dijalankan sebanyak 66 kes kekerasan dikesan di seluruh negeri dengan 30 penahanan dilakukan termasuk membabitkan 14 individu yang bukan ahli kongsi gelap.

“Penahanan 14 ahli kongsi gelap berusia 17 hingga 53 tahun itu dibuat selepas terbabit pergaduhan selepas berlaku salah faham di antara mereka dalam keadaan mabuk

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, kesemua 14 ahli kongsi gelap yang turut membabitkan ahli yang mempunyai jawatan ditahan reman antara dua hingga empat hari bagi siasatan lanjut.

Katanya, mereka disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Dalam pada itu, Ayob berkata, polis Johor berjaya mengambil tindakan terhadap tujuh kumpulan kongsi gelap sejak Januari hingga hari ini.

Katanya, 70 ahli kongsi gelap turut berjaya ditahan mengikut Akta Pertubuhan 1966 dalam tempoh berkenaan.

“Pecahannya adalah Geng 21 (29 orang), Geng 36 (16 orang), Geng 04 (9 orang), Geng 08 (lapan), Hong Hong San (dua), Ang Kong Kia (seorang) dan Ngo Sek Kee (lima).

“Daripada jumlah itu, 20 individu diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), iaitu Geng 21 (13 orang) dan Geng 36 (tujuh),” katanya.

Ayob Khan berkata, operasi mengekang kumpulan kongsi gelap di Johor akan diteruskan bagi memastikan aktiviti haram tidak menggugat kententeraman awam.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close