MalaysiaSetempat

Masalah aplikasi Grab kembali pulih

KUALA LUMPUR: Masalah teknikal yang dipercayai berpunca daripada sistem pelayan aplikasi Grab sejak awal pagi tadi, kembali pulih.

Grab menjelaskan masalah dialami pada aplikasi syarikat berkenaan memberi kesan kepada segelintir pengguna di seluruh rantau ini.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan itu kembali pulih dan Grab akan terus memantau sistem mereka bagi memastikan punca di sebalik masalah berkenaan berupaya dirungkai sepenuhnya.

“Kami meminta maaf atas kesulitan dialami,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semakan BH terhadap aplikasi berkenaan pada jam 3 petang tadi mendapati pengguna tidak dapat membuat tempahan pengangkutan untuk ke mana-mana destinasi, manakala pemandu pula berdepan situasi sama apabila gagal menerima sebarang pesanan.

Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia, Arif Asyraf, berkata masalah teknikal itu tercetus pada waktu puncak, ketika orang ramai cuba membuat tempahan pengangkutan untuk ke tempat kerja iaitu jam 8.55 pagi tadi.

Katanya, gangguan operasi sedemikian yang menjejaskan kira-kira 70,000 pemandu Grab di seluruh negara dan jutaan pengguna bukan perkara baharu, sebaliknya pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.

“Cuma kali ini, ia menjejaskan pelbagai pihak kerana pemandu dan pengguna tidak dapat berhubung pada waktu puncak.

“Grab ada maklumkan kepada kami menerusi platform lain seperti Facebook, Twitter dan media sosial berkaitan, memandangkan tiada perhubungan menerusi aplikasi berkenaan sekarang.

“Berdasarkan maklum balas diterima, aplikasi Grab belum pulih sehingga jam 11 pagi tadi,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close