MalaysiaSetempat

Timbalan Panglima TUDM lawat mangsa pesawat terhempas

SEBERANG PERAI – Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan mengesahkan pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth semalam.

“Kita akan buat siasatan terperinci,” katanya secara ringkas ketika ditemui pemberita di pekarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai keadaan mangsa cedera, beliau enggan memberi sebarang komen sebaliknya memberitahu TUDM akan memberi kenyataan media berhubung perkembangan kes itu.

Terdahulu, Mohd Asghar Khan tiba di HSJ pada jam 1.52 pagi dan meluangkan masa hampir 15 minit melawat mangsa nahas pesawat Hawk di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan.

MalaysiaGazette semalam melaporkan seorang juruterbang maut manakala seorang lagi cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas kira-kira jam 10.07 malam.

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan mengesahkan identiti mangsa yang maut sebagai Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala juruterbang yang cedera ialah Mejar Mohd Fareez Omar.

Mejar Mohd Fareez kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala jenazah Kapten Mohamad Affendi turut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazatte
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close