Malaysia

Peperiksaan SPM, STAM, UPBA 2021 bermula Feb, Mac tahun depan

KUALA LUMPUR – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021 akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Mac tahun 2022, kata Kementerian Pendidikan.

Jadual waktu peperiksaan/ujian ini juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my mulai 17 November 2021.

Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

Calon juga boleh merujuk Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 3.0 yang telah dimuat naik di portal rasmi KPM https://www.moe.gov.my/ dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close