Malaysia

Polis siasat wanita warga asing tidak pakai pelitup muka

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan dua wanita warga asing tidak memakai pelitup muka di taman KLCC di sini, yang tular di media sosial.https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.489.0_en.html#goog_1097405067

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, ciapan beserta gambar wanita itu dimuat naik di Twitter.

“Hasil penelitian ke atas gambar berkenaan menunjukkan wanita bukan warga negara dilihat sedang berjalan dengan tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki taman KLCC.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka satu kertas siasatan mengenai perkara itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Katanya, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan mengiku peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close