MalaysiaSport

Liverpool singkir Milan, catat rekod sempurna

MILAN, Itali: Liverpool memenangi keenam-enam aksi Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan AC Milan 2-1 dan menyingkirkan kelab Itali itu daripada saingan Eropah untuk semusim lagi.

Fikayo Tomori meletakkan Milan yang memerlukan kemenangan dan berharap keputusan antara Porto dan Atletico Madrid berpihak kepada mereka, di depan pada minit ke-29 aksi dalam aksi di San Siro.

Namun Liverpool pantas membalas menerusi Mohamed Salah dan Divock Origi meletakkan skuad kendalian Jurgen Klopp di depan menerusi tandukan 10 minit selepas rehat.

Liverpool yang bermain tanpa beberapa tonggak utamanya, menamatkan saingan Kumpulan B dengan 18 mata, kelab Inggeris pertama mengumpul jumlah berkenaan.

“Ia persembahan luar biasa… dengan begitu banyak pertukaran, pemain-pemain perlu cukup yakin untuk menunjukkan betapa bagusnya mereka.

“Saya lihat banyak perkara baik malam ini, ia sukar dipercayai,” kata Klopp.https://40229d6792d6c5bef600a4b626345106.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Pendahulu Serie A, Milan, yang terpaksa beraksi tanpa penyerang, Ragael Leao dan Ante Rebic, menamatkan saingan di tangga terakhir selepas Atletico menang 3-1 di Porto untuk berada di tangga kedua di belakang Liverpool.

Kekalahan itu menyaksikan Milan gagal dalam percubaan mereka untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali sejak tahun 2013 dan turut tidak berpeluang beraksi dalam saingan Liga Europa tahun depan.

– AFP

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close