Politic

Portal myundi sedia maklumat terkini PRN Sarawak

KUALA LUMPUR: Myundi adalah portal sehenti yang menyediakan maklumat dan perkembangan terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

REV Media Group dalam kenyataan berkata, portal yang dilancarkan oleh kumpulan itu pada tahun 2018, menyalurkan berita semasa dan maklumat terkini berkaitan pilihan raya.ADVERTISING

“Myundi kini dengan identiti, konsep dan reka bentuk yang baru selari dengan penambahbaikan keberadaan perniagaan secara dalam talian dan kegunaan web.

“Melalui portal myundi juga, orang ramai boleh mencari laporan terkini pilihan raya, tajuk utama, video dan lebih banyak maklumat berkaitan calon, undian kempen dan sebagainya,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Sarawak adalah pada 18 Disember ini.

Hari Penamaan Calon ditetapkan pada 6 Disember; tempoh berkempen (7 sehingga 17 Disember); Hari Pengundian Awal (14 Disember) dan Hari Mengundi (18 Disember).

Kenyataan itu berkata, orang ramai boleh menggunakan portal myundi sepenuhnya dengan ciri-ciri baharu yang lebih moden, optimum dan lebih responsif.ADVERTISING

Katanya, semua maklum di dalam portal itu adalah yang sahih iaitu dari laporan berita terkini dari akhbar tempatan termasuk Harian Metro, BH dan New Straits Times.

“Terdapat juga laporan dan analisa dari stesen TV3, ntv7, 8TV dan TV9, manakala turut akan dipaparkan adalah keputusan undian mengikut masa sebenar,” katanya.

Selain itu katanya, portal itu turut memberi akses kepada siaran langsung selama 24 jam dan akses bagi melihat profil calon yang bertanding.

Katanya, myundi adalah direktori sehenti di mana orang ramai boleh mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan maklumat berkaitan pilihan raya.

“PRN Sarawak adalah PRN terbesar pernah diadakan di Sarawak dengan jumlah 82 kerusi dipertandingkan.

“Justeru, myundi dapat memberi orang ramai kiraan undi terkini pilihan raya umum dan PRN dengan keputusan yang dikemaskini secara langsung dari seluruh negara,” katanya.

Portal myundi boleh diakses menerusi komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close