MalaysiaSetempat

Tanda pagar #covid19 jadi pilihan rakyat Malaysia di Twitter

KUALA LUMPUR: Hashtag (tanda pagar) #covid19 menjadi pilihan pengguna Twitter di Malaysia susulan penguatkuasaan kawalan pergerakan terutamanya larangan merentas negeri sebelum ini.

Twitter dalam kenyataan hari ini, memaklumkan perbualan rakyat Malaysia dari tempoh 1 Januari hingga 15 November 2021 didapati beralih ke platform media sosial Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini perkembangan dan berkongsi pendapat mereka mengenai situasi pandemik berkenaan.

“Sama ada untuk mengikuti acara global atau untuk menyebarkan kegembiraan, Twitter menjadi platform untuk rakyat Malaysia berkumpul,” menurut kenyataan itu.

Menurut Twitter, rakyat Malaysia bergantung kepada Twitter untuk mendapatkan informasi terawal berkenaan arahan sekatan, vaksinasi dan kemas kini prosedur operasi standard (SOP).

Menurut kenyataan itu, 2021 menyerlahkan sifat terbaik rakyat Malaysia dalam berhubung semula dengan orang tersayang dan membantu mereka yang memerlukan.

“Tahun ini, kita dapat melihat bagaimana doktor dan pakar kesihatan menjadi lebih aktif di Twitter untuk berkongsi maklumat berkaitan kesihatan yang boleh dipercayai dan untuk menjelaskan berita mengelirukan atau berita palsu mengenai vaksin COVID-19 kepada orang ramai,” menurut Twitter.

Rakyat Malaysia juga memberi perhatian kepada doktor yang berkongsi perspektif mereka dalam masa nyata apabila perkembangan baru berlaku atau untuk mendapatkan petua dan pandangan kesihatan. – BERNAMA

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close