Covid-19Malaysia

Covid-19: Kes harian terus meningkat

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,362 kes positif Covid-19 dicatatkan hari ini, naik 100 kes berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah kumulatif jangkitan virus itu meningkat kepada 2,711,764 kes.

Sejak Selasa lalu kes harian menunjukkan trend menaik melepasi paras 4,000 kes sehari dengan 3,504 kes dicatatkan pada Isnin lalu.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close