MalaysiaPolitic

Dr Mahathir dibenar keluar IJN beberapa hari lagi

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) dalam tempoh beberapa hari lagi.

Dalam kenyataan hari ini, IJN berkata, pasukan doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap Dr Mahathir berpuas hati dengan keputusan ujian yang dijalankan.

“Tun Dr Mahathir sudah menjalani semua pemeriksaan kesihatan yang diperlukan selepas dimasukkan ke IJN,” menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau, kata kenyataan itu.

Pada 16 Disember lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut. – BERNAMA

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close