Malaysia

Pasukan Cantas pantau pencuri kereta tersadai mangsa banjir

PUTRAJAYA – Satu pasukan khas yang dinamakan sebagai Pasukan Cantas ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangkap individu atau kumpulan yang disyaki mencuri kenderaan mangsa-mangsa banjir yang tersadai.

Meneri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pasukan itu dibentuk serta- merta bagi menangani masalah kecurian kenderaan rosak di lapan negeri yang terjejas teruk akibat banjir luar biasa yang melanda negara pada 18 Disember lalu.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani tentang insiden kecurian kereta mangsa banjir oleh pihak tertentu dengan menggunakan trak penunda.

“Hasilnya kita membentuk dan menggerakkan Pasukan Cantas terdiri daripada pegawai dan anggota polis di lapangan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di seluruh negara,” katanya dalam sidang media di KDN di sini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan Watikah Pelantikan Datuk Razarudin Husain@Abd Rashid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu di Dewan Gemilang hari ini.

Dalam perkembangan kecurian, beliau juga menambah, Pasukan Cantas itu akan turun ke lapangan setiap masa dan memantau sebarang jenayah kecurian kenderaan tersadai milik mangsa banjir.

“Selepas Pasukan Cantas dapat mengesan pencuri kenderaan tersadai di kawasan terjejas banjir, mereka akan mencekup pencuri segera dan akan diheret ke muka pengadilan dengan tindakan sangat tegas.

“Pasukan Cantas ini akan ditempatkan di semua tempat terutama sekali tempat-tempat yang ada kereta-kereta mangsa banjir,” ujarnya.

Hamzah juga meminta orang ramai membuat laporan dan polis akan menyiasat segera.

Kepada individu-individu yang melakukan perbuatan itu beliau menasihatkan agar jangan mengambil kesempatan ketika orang lain alam keadaan sengsara musibah.

“Jangan ditambah kesengsaraan mereka.

“Kita akan menyiasat dengan pantas jika berlaku termasuk kes-kes pecah masuk kedai serbaneka agar ia tidak berulang lagi,” tegasnya.- MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close