MalaysiaSetempat

Mangsa banjir di Hilir Perak terus menurun

TELUK INTAN: Situasi banjir di Hilir Perak semakin pulih, apabila hanya 147 mangsa daripada 43 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8.30 pagi ini.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak, jumlah itu menurun berbanding 252 orang daripada 70 keluarga yang dilaporkan pagi semalam.

PPS di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Batu 4 di Changkat Jong menempatkan seramai 48 orang daripada 10 keluarga.

Mereka terdiri daripada penduduk dari Kampung Batu 7, Jln Changkat Jong; Batu 7 1/2, Lorong Mesra dan Kampung Baru Batu 8.

Dewan Bandaran Teluk Intan pula menempatkan 99 mangsa membabitkan 34 keluarga daripada kampung Batu 7 1/2, Lorong Mesra; Batu 9 Changkat Jong, Batu 10 Jalan Bidor, Batu 15 Kampung Ayer Hitam, Batu 6 Kampung Glouster dan Kampung Selat Manggis, Sungai Kerawai.

Kedua-dua PPS berkenaan dibuka sejak Ahad lalu selepas penempatan penduduk dinaiki air susulan limpahan air Sungai Bidor akibat hujan.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close