MalaysiaSetempat

Bekalan elektrik 706 kawasan di 4 negeri pulih

KUALA LUMPUR: Bekalan elektrik di 539 kawasan di Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang terjejas akibat banjir sudah dipulihkan sehingga jam 11 pagi tadi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan, bekalan elektrik pulih di 396 kawasan di Pahang, 25 kawasan di Negeri Sembilan dan 118 kawasan di Kuala Lumpur, manakala di Selangor, bekalan elektrik di 167 kawasan telah dipulihkan setakat 12 tengah malam tadi.

“Jika banjir sudah surut di kawasan anda, tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, hal ini disebabkan oleh pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan,” kata syarikat utiliti itu melalui laman Facebook rasmi TNB Careline, hari ini.

Selain itu, 105 kawasan di Pahang dan dua kawasan, masing-masing di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur serta 127 kawasan di Selangor masih belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat.

“Usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat bergantung kepada akses dan keadaan setempat,” katanya. – BERNAMA

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close