MalaysiaSetempat

Korea Selatan sedih dengan banjir yang melanda Malaysia

Kim bagi pihak kerajaan dan rakyat Korea Selatan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Korea Selatan turut bersedih dengan kejadian banjir besar baru-baru ini yang telah menyebabkan kerosakan teruk serta korban nyawa di Malaysia, kata Perdana Menteri Kim Boo-Kyum.

Dalam surat yang diutus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kim bagi pihak kerajaan dan rakyat Korea Selatan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

“Saya berharap di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Ismail Sabri) yang cemerlang, rakyat Malaysia mampu mengharungi apa jua situasi dan keadaan akan kembali pulih secepat mungkin,” menurut surat itu.

Malaysia mengalami banjir besar dan tanah runtuh di beberapa kawasan dan negeri yang dicetuskan oleh hujan lebat dengan sekurang-kurangnya 41 orang dilaporkan terkorban setakat ini.– BERNAMA

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close