MalaysiaSetempat

Mangsa banjir di Pahang berkurangan

JERANTUT: Mangsa banjir di Pahang terus berkurangan kepada 25,104 orang daripada 7,452 keluarga yang berada di 172 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 34,396 orang semalam.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, semua PPS di Jerantut dan Raub ditutup selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang memaklumkan, PPS yang masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di negeri ini kini hanya membabitkan enam daerah.

Katanya, seramai 3,286 mangsa banjir daripada 852 keluarga masih ditempatkan di 21 PPS di Kuantan, manakala Maran mempunyai 1425 mangsa daripada 414 keluarga di 27 PPS dan 4,590 mangsa daripada 1,576 keluarga di 17 PPS di Bentong.

Di Pekan, terdapat 1526 mangsa daripada 491 keluarga di 20 PPS, Bera mempunyai 2,284 mangsa daripada 658 keluarga di 22 PPS, manakala di Temerloh terdapat 11,842 mangsa daripada 3,393 keluarga di 63 PPS.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close